Polytechnic Kuching Sarawak Land Survey Education

Web-Based Education

Blog

GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN AMALI

Posted by TIONG HUA SANG on December 3, 2009 at 9:10 PM

GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN AMALI

 

Oleh Tiong Hua Sang

 

Jabatan Kejuruteraan Awam, PKS

 

 

1.0       Pengenalan

 

Bahagian pengenalan merupakan penerangan secara umum berkenaan dengan amali yang dijalankan. Antara maklumatnya ialah tarikh menjalankan amali, tempoh amali disiapkan, tajuk amali dan sebagainya.

 

 

2.0          Objektif Amali

 

Objektif amali ditetapkan oleh pensyarah amali. Objektif amali mestilah jelas, boleh dicapai dan tidak umum. Biasanya 2 hingga 3 objektif dalam satu amali.

 

 

3.0          Lokasi Amali

 

Merujuk kepada tempat menjalankan amali. Mesti disertakan dengan lakaran pelan lokasi yang jelas seperti jalan utama, blok/ bangunan untuk menunjukkan lokasi menjalankan amali.

 

 

4.0          Peralatan/ Perisian Yang Digunakan

 

Menyenaraikan semua peralatan/ perisian yang digunakan dalam menjalankan amali berkenaan. Dicadangkan dibuat dalam jadual beserta dengan kuantiti alatnya dan catatan yang sesuai. Jika terdapat alat yang diperlukan huraian lanjutan, disertakan gambar dengan cara label yang betul.

 

 

5.0          Hasil Kerja Amali

 

Membincangkan hasil kerja atau keputusan amali. Kandungannya adalah seperti ketepatan hasil kerja, hasil pengiraan, analisis data serta segala keputusan yang berkaitan dengan amali berkenaan. Perlu dilampirkan data-data asal untuk dianalisis dan syit pengiraan di bahagian lampiran.

 

6.0          Prosedur Kerja

 

Membincangkan langkah kerja amali yang sebenar dijalankan mengikut kumpulan masing-masing. Bab ini merupakan bahagian yang paling penting dalam laporan dan kebiasaanya melibatkan markah penilaian yang tinggi. Oleh demikian, ia perlu diterangkan dengan terperinci dan disokong dengan gambarajah atau dokumen sokongan lain yang sahih dan berkaitan. Penulisan bab ini memerlukan pemahaman yang tinggi terhadap amali yang dijalankan. Segala kelakuan peniruan boleh mencacatkan penilaian laporan.

 

7.0          Masalah Yang Dihadapi Dan Penyelesaiannya

 

Bab ini memberi ruang kepada pelajar mempelajari cara penyelesaian masalah yang dihadapi sepanjang amali. Misalnya membincangkan faktor kegagalan mendapat hasil kerja yang sepatutnya serta langkah pemulihan yang diambil. Setiap masalah yang dikemukakan oleh pelajar mestilah relevan dengan kerja amali.

 

 

8.0          Kesimpulan

 

Bahagian kesimpulan merupakan penghujung kepada laporan amali. Pelajar perlu menyimpulkan secara keseluruhan tentang kerja amali yang telah dilaksanakan.

 

9.0          Lampiran

 

Bahagian lampiran digunakan untuk melampirkan segala dokumen sokongan yang berkaitan dan telahpun diketengahkan semasa perbincangan bab sebelumnya. Mukasurat lampiran perlu bersambungan dengan bab kesimpulan. Lampiran boleh ditelitikan dengan pembahagian kepada Lampiran A,B,C dan seterusnya mengikut kesesuaian.

 

*Isi Kandungan

 

Mukasurat isi kandungan perlu dimulakan dengan penomboran roman i, ii dan seterusnya. Setiap tajuk/ bab dan mukasurat (permulaan) perlu ditulis.

 

*Penilaian Tugasan/ Amali Secara Individu

 

Untuk memastikan setiap ahli kumpulan terlibat dalam penghasilan laporan amali, setiap tajuk yang ditulis oleh individu perlu dicatat dalam Bahagian Penilaian Tugasan/ Amali Secara Individu seperti jadual berikut. Perletakan bahagian ini adalah selepas isi kandungan.

Tajuk

 

Penulis

 

Tandatangan

 

Markah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*Page Setup Dan Format

 

Paper Size A4; Margin left 40mm, right 25mm, top 25mm dan bottom 25mm; tulisan Times New Roman 12; line spacing 1.5; mukasurat top right; Setiap tajuk bab dihitamkan.

 

*Cara melabelkan gambarajah atau jadual

 

 

                           

                                         

Rajah 4.1: Bilik Kuliah PKS

 

 

Sekian, terima kasih.

 

All rights reserved  ©  Copyright Tiong Hua Sang

Terbitan Pertama Disember 2009

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments